Etika dan peraturan Masjid

Segala struktur dan reka bentuk binaan Masjid mestilah akhirnya dikiblatkan kepada Kaabah di Makkah. Masjid menurut perspektif Islam jelas objektifnya ialah tempat untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Namun dalam memastikan objektif Masjid tercapai dengan sempurna dan saksama, perkara terpenting ialah menjaga adat dan tatasusila serta peraturan masjid tersebut agar kesucian dan keberkatan dapat terus dipertahankan. Antara undang-undang yang perlu dipatuhi ketika memasuki masjid adalah seperti membuka kasut/selipar serta jangan membuat bising dan kotor di dalam masjid. Perkara-perkara lain yang menjadi peraturan dan etika di dalam masjid adalah seperti berikut.

Imam

Keperluan untuk mendapatkan imam (ketua dalam solat) diklasifikasikan sebagai suatu kepentingan yang diperlukan, namun tidak semestinya merupakan suatu kewajipan.[1] Imam tetap mestilah seorang yang bebas (tidak terkongkong dengan pekerjaan lain), adil, jujur dan mempunyai pengetahuan dalam agama Islam yang baik.[1] Bagi masjid yang dibina oleh kerajaan dan dikawal selia olehnya, biasanya pihak badan agama yang diiktiraf oleh kerajaan seperti jabatan agama Islam negeri atau negara bertanggungjawab untuk menentukan siapa yang layak menjadi imam. Bagi sesetengah negara, orang yang layak menyandang jawatan dan tugasan sebagai imam adalah dipilih oleh Raja/Sultan mahupun menteri yang bertanggungjawab;[1] Manakala bagi masjid yang dikawal selia atau dibina oleh pihak swasta, pemilihan imam adalah berdasarkan undian atau pemilihan rasmi jawatankuasa qariah yang dilantik, atau merujuk kepada pemilihan umum khususnya daripada kalangan para jemaah. Berdasarkan mazhab Hanafi, orang yang membangunkan masjid ialah orang yang lebih berhak untuk mendapat gelaran imam, namun pandangan ini tidak mendapat sokongan dan dokongan daripada mazhab Islam yang lain.[1]

Imam solat boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama, yakni bergantung kepada jenis waktu tugasan pengimaman solatnya sama ada 5 kali waktu solat sehari semalam, solat Jumaat sahaja atau solat-solat tertentu sahaja.[1] Berdasarkan pandangan mazhab Hanafi dan Maliki, imam adalah diperlukan untuk setiap kali solat Jumaat, tetapi solat-solat lain tidak diperlukan. Namun, Mazhab Syafii dan Hanbali membantah bahawa penyataan di atas adalah tidak diperlukan dan menyifatkan setiap solat selagi ia dikerjakan secara berjemaah (beramai-ramai), ia kekal perlu mempunyai imam. Kanak-kanak juga boleh menjadi imam dalam solat, tapi pemerintah muslim rata-rata kurang setuju dengan tugasan ini melainkan jika kanak-kanak itu bersolat bersama dengan golongan kanak-kanak yang lain.[1]

Menurut Abdul Rahman Al-Jaziry, syarat sah imam ialah akil baligh, maka tidak sah kanak-kanak (sibyan - ) mumaiz yang belum baligh [menjadi imam] di dalam solat fardu, dan ini dipersetujui oleh ketiga-tiga imam, tetapi terdapat khilaf (perselisihan pendapat) dalam mazhab Imam Syafie. Antara catatan yang diberikan oleh Sheikh Abdul Rahman ialah:

  1. Mazhab Syafie - boleh imam yang belum baligh di kalangan kanak-kanak dalam solat fardu melainkan solat Jumaat, tetapi jika terdapat imam yang biasa (lelaki sudah akil baligh) maka tidaklah sah melainkan dengan imam tersebut.
  2. Mazhab Hanafi - Tidak sah kanak-kanak yang belum akil baligh secara mutlak, tidak sah pengimamannya dalam solat fardu dan juga solat sunat.
  3. Mazhab Maliki - Tidak sah menjadikan wanita [sebagai imam], Tidak (sah) khunsa (sebagai imam) - (kerana) masalah bagi mengetahui ia lelaki atau wanita, tidak (sah) dalam fardu, tidak (sah) dalam solat sunat. Lelaki (bukan sibyan) ialah syarat imam mutlak dan kedua-dua (wanita dan khunsa) menjadi makmumnya.

Oleh itu, ulama bersependapat bahawa sah makmum kanak-kanak mengikut imam kanak-kanak. (Fiqh 4 mazhab, 1/330-331).

Imam yang terikat menjadi imam kepada solat Jumaat juga terikat untuk menjadi imam kepada solat lima waktu sehari semalam. Cendekiawan Islam bersetuju bahawa imam yang mengimamkan solat fardu lima waktu sehari semalam juga perlu mengimamkan solat Jumaat.[1]

Walau bagaimanpun, paling jelas menunjukkan lelaki yang berakal (tidak gila) sahaja boleh menjadi imam kepada golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak lain.[1] Wanita tidak dibenarkan menjadi imam kepada jemaah lelaki kecuali kepada jemaah perempuan muslim sahaja.